Monday, August 11, 2008

SURAT KHAS UNTUK PARA PEJUANG





KITA semua setiap detik dan waktu senantiasa berada dalam keadaan berisiko tinggi dari PEMERINTAH YANG SEKULAR. KITA bila-bila masa sahaja akan ditangkap dan dituduh mengancam keselamatan Negara, walaupun tiada bukti hanya syak wasangka sahaja. KITA dan keluarga KITA akan menderita sepanjang ketiadaan KITA disisi keluarga KITA yang disayangi. Ini adalah lumrah perjuangan sepertimana yang ditempuhi semua Nabi-nabi dan Rasul-rasul pilihan Allah SWT.

Di Malaysia ini kita dihambat dengan pelbagai cara dan kaedah untuk mengelak risalah yang benar ini sampai kepada pengetahuan umat. Apabila umat berpegang kepada al-Quran dan al-Hadith sebagai panduan hidup, maka bererti nyawa UMNO yang mendokong sekular ini akan padam. Oleh itu, UMNO
yang mendokong sekular akan melakukan apa sahaja tindakan menyekat risalah ini dari disampaikan kepada umat. Walau bagaimana sekalipun, tindakan-tindakan yang akan diambil oleh UMNO , Maka UMNO apabila sampai masanya akan padam juga mengikut putaran alam yang ditetapkan oleh Allah SWT. Tidak sesiapa pun yang boleh mengubah peraturan ini. Bersabarlah menunggu tibanya saat itu. Di samping itu kita mesti berkerja keras untuk berdakwah dan berdoa kepada Allah semoga kita beroleh kejayaan. Kejayaan ini terletak ditangan kita sendiri. Bagaimana kita mengurus untuk mencapai kejayaan tersebut mestilah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Peganglah kata-kata al-Banna, menyeru orang ramai membuat kebaikan dan membantu membentuk genarasi beragama. Katanya, kalau kita tidak berjaya, kita tidak ada apa-apa, kita telah tunaikan kewajiban terhadap Allah dan RasulNya. Islam sebagai pokok yang rendang berbuah lebat menjadi tarikan orang ramai. Bagaikan pokok semakin dicantas, dipukul dan ditindas semakin menjadi banyak berbuku dan beruas di sana sini yang boleh memperkuat dan memperteguhkannya lagi, berbanding pokok yang naik tegak tanpa ada sekatan dan halangan.

Sabda Nabi Muhammad SAW, : “ Yang paling banyak menerima ujian ialah para Nabi-nabi dan Rasul-rasul, kemudian orang-orang yang berjuang sepertimana yang dilakukan oleh Nabi-nabi. Seseorang itu diuji mengikut kekuatan iman yang ada pada dirinya “.


No comments:

Post a Comment

-= Terima kasih atas komentar anda =-