Saturday, August 2, 2008

DOA dan IKHLAS,ini sifat HAMBA


" Membincangkan istilah doa dan ikhlas adalah satu perkara yang berbeda.Ikhlas adalah rahsia Allah. Doa pula ialah suatu ibadah bagi memohon pertolongan, hajat dan sebagai senjata yang ampuh untuk melawan musuh-musuh Allah samada Iblis, Syaitan, Jin atau manusia yang menjadi pengikut syaitan.dan merupakan senjata mukminKita perlu berdoa sebanyak mungkin yang kita mampu . Doa merupakan ibadah. Allah amat menyukai orang yang sentiasa berdoa pada-Nya.Apabila doa dimakbulkan hajat akan tercapai dan musuh Allah dapat ditewaskan. Inilah kelebihan dan kekuatan yang Allah berikan kepada manusia. Dari doa maka Allah tunjukkan ilham atau jalan untuk kita bertindak (ikhtiar) dan selepas itu kita disarankan pula bertawakalMembincangkan doa dan ikhlas adalah satu topik yang berbeza.. Doa adalah amalan yang dilakukan oleh para rasul-n ,nabi-nabi dan para solihin. Nabi Adam ketika diturunkan ke dunia terus menerus berdoa supaya Allahmengampunkan kesilapannya.. Contoh-contoh doa banyak terdapat di dalam kandungan Al-Quraan dan hadis Rasullulah.Doa menunjukkan sikap kehambaan kita pada Allah..Bahawa Allah bersikap istiqna ( Terkaya Allah dari tiap2 sesuatu) Apa itu Ikhlas pula? Ikhlas itu adalah lawannya Isyrak (menyekutukan). Bererti hamba yang ikhlas itu imannya sesuatu yang murni tidak bercampur baur walau setitikpun!Untuk memudahkan pemahaman makna ikhlas Allah telah membuat satu perbandingan yang amat cantik yang bermaksud:-” Sesungguhnya bahawa dalam hal kehidupan binatang ternak itu bagi kamu semua menjadi suatu ibarat atau pelajaran. Kami (Allah) memberikan minuman kepada kamu semua dengan apa yang ada dari dalam perutnya di antara tahi dan darah didapatkan susu yang murni bersih ditelan oleh orang-orang yang meminumnya”(Surah An-Nahl : 66)Susu adalah hasil. Ikhlas juga adalah hasil dari proses sifat ketaqwaan dan kepatuhan hamba Allah. ( KAMI DENGAR DAN KAMI PATUH)Jika direnung secara mendalam kita akan lebih memahami makna ikhlas. Sepertimana yang telah dinyatakan Allah : Ikhlas adalah rahsiaKU. Kita akan dapat jawapannya nanti samaada kita ikhlas atau tidak bila kita dipertemukan dengan Allah.Namun begitu Allah amat penyayang dan pengasih. Melalui para Anbia dan rasul-rasul , dan akhir sekali daripada Nabi junjugan melalui wahyu iaitu Al-quraan dan juga hadis Rasullulah maka jalan. Untuk ikhlas ditunjukkan. Kuncinya ialah jangan sesekali kita menyekutukan ibadah kita kepada yang lain melainkan ALLAH. Kunci ikhlas ialah pada kalimah LAILLAHAILLAH. Sepanjang kehidupan kita pelbagai ujian yang kita terima susah dan senang. Ujian Allah adalah suatu proses penapisan supaya segala amal kita akan jadi seperti ”susu”."

No comments:

Post a Comment

-= Terima kasih atas komentar anda =-