Monday, November 17, 2008

Almarhum Habib Muhammad bin ‘Al bin ‘Abdul ‘Aziz al-Maliki al-Hasani al-Makki rhmawi bin ‘Abbas


Subuh hari Jumaat tanggal 15 Ramadhan 1425H, kembalilah seorang ulama besar yang ilmunya tetap bersinar dan insya-Allah akan terus cemerlang melalui karangan dan murid-murid asuhannya.Beliau adalah merupakan ulama besar dan pembela Ahlus Sunnah wal Jama`ah.Beliau dididik dari kecil dengan asuhan agama, telah menghafal al-Quran ketika usianya 7 tahun dan hafal “al-Muwattha`” pada usia 15 tahun. Pada usianya 25 tahun, beliau meraih gelar doktor ilmu hadits dengan predikat mumtaz di bawah bimbingan ulama besar Mesir, Prof. Dr. Muhammad Abu Zahrah. Rehlah ilmiahnya cukup panjang dan luas di bawah bimbingan para ulama yang 'amilin. Pada 2 Shafar 1421 / 6 Mei 2000 beliau telah dikurniakan dengan gelaran "ustadziyyah" atau "professor" daripada Universiti al-Azhar asy-Syarif.


Sebagai ulama dan daie, perjalanan hidupnya juga dipenuhi onak dan duri ujian pancaroba seperti jejak para pendahulu beliau. Pada tahun 80-an, terjadi perselisihan besar antara beliau dengan beberapa ulama Wahhabi (semestinya tidak mengaku Wahhabi) yang didokong oleh Kerajaan Saudi. Beliau telah dituduh sesat, penyebar bid`ah dan khurafat (subhanAllah, jika ulama besar lagi keturunan asyraf yang mulia ini juga tidak terlepas daripada tohmahan dan tuduhan puak mubtadi` Wahhabi-Salafi itu, maka siapakah kita untuk terlepas daripada tuduhan mereka. Oleh itu, jangan gusar apabila dituduh sebagai sesat, syirik dan ahli bid`ah oleh puak-puak tersebut. ) Perselisihan tersebut semakin meruncing sehingga beliau diajak berdialog dengan Syaikh Sulaiman ibnu Mani` al-Wahhabi atas saranan Mufti Wahhabi ketika itu Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz al-Wahhabi (tanbih: berhati-hatilah dengan fatwa ulama Wahhabi ini) yang memang bermusuh dengan Habib Muhammad al-Maliki. Syaikh Ibnu Mani` kemudian menerbitkan dialognya dengan Habib Muhammad dalam bentuk buku dengan jodol “Hiwar ma`al Maliki li raddi munkaratihi wa dholalatihi” (Dialog bersama al-Maliki pada menolak kemungkaran dan kesesatannya). Habib Muhammad pula menerbitkan bukunya yang terkenal, iaitu “Mafahim yajibu an tushahhah”. Kitab beliau ini telah mendapat pujian dan pengiktirafan oleh ramai ulama besar dari seluruh pelusuk dunia Islam. Selain daripada itu, ulama-ulama Mesir, Tunisia, Kuwait dan sebagainya telah membuat pembelaan mereka terhadap Habib Muhammad al-Maliki dengan lisan dan tulisan. Kezaliman terhadap beliau tidak berhenti setakat itu, tetapi beliau juga telah ditegah dan dikeluarkan dari mengendali halaqah turun temurun keluarga beliau dalam Masjidil Haram oleh gembung-gembung Wahhabi. Semua ini dihadapi beliau dengan penuh kesabaran, setelah ditegah mengajar dalam Masjidil Haram, beliau mengajar di kediaman beliau di Syari` Alawi, Rushaifah, Makkah, kerana beliau berdakwah semata-mata kerana Allah s.w.t. dan Allah itu tidak mengambil tempat. Murid-murid yang memondok di situ ditanggung segala nafkah makan-minum mereka oleh beliau....Allahu...Allah, bandingkan dengan sesetengah pihak sekarang baru buat website yang kononnya Islami, dah mintak sedekah kiri-kanan, bahkan tak segan silu mintak bahagian zakat, kononnya untuk membiayai "jihad" mereka....Allahu...Allah.

Alhamdulillah, sebelum kewafatan beliau, Allah telah memperlihatkan kejayaan dakwah dan tarbiyah beliau dengan lunturnya sedikit demi sedikit fahaman ekstrem Wahhabi ini dan beliau kembali mendapat pengiktirafan yang sewajarnya daripada Kerajaan Saudi. Beliau dimaqamkan di Jannatul Ma'ala dekat dengan maqam nenda beliau Sayyidatina Khadijah ummul mu'minin r.anha. Mudah-mudahan Allah meredhai beliau dan menjadikan tempat kedudukannya Syurga yang tertinggi bersama nendanya Junjungan Nabi s.a.w......al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment

-= Terima kasih atas komentar anda =-