Saturday, April 18, 2009

Kesabaran Rasulullah S.A.W Menghadapi Penghinaan Dari Golongan Munafik

Hadis Usamah bin Zaid r.a:

Sesungguhnya pada suatu hari Nabi s.a.w menaiki seekor keldai yang berpelana dan di bawahnya ada kain selimut yang agak lusuh buatan Fadakiah. Sementara itu Usamah mengikuti dari belakang baginda untuk menjenguk Saad bin Ubadah di kalangan Bani Al-Harith bin Al-Khazraj. Peristiwa itu terjadi sebelum peperangan Badar. Semasa dalam perjalanan tersebut baginda telah pergi ke suatu majlis yang bercampur di antara kaum Muslimin dengan orang-orang Musyrikin yang menyembah berhala dan orang-orang Yahudi. Di dalam majlis tersebut terdapat orang yang bernama Abdullah bin Ubai dan Abdullah bin Rawahah. Ketika majlis tersebut ditutupi oleh debu-debu yang berterbangan dari tapak kaki binatang, Abdullah bin Ubai menutup hidungnya dengan kain serban agar tidak dimasuki oleh debu-debu tersebut......

Oleh kerana tidak tertahan dengan debu itu, Abdullah bin Ubai berkata: Jangan taburkan debu padaku. (Setelah beliau terlebih dahulu berada di samping mereka), Nabi s.a.w kemudiannya berhenti dan turun dari keldainya, kemudian baginda menyeru mereka kepada Allah dengan membacakan beberapa potong ayat Al-Quran. Setelah mendengarnya, Abdullah bin Ubai berkata: Wahai seseorang! Aku kira lebih baik kamu duduk di rumah saja sekiranya apa yang kamu katakan itu benar, maka janganlah kamu menyakiti kami di majlis kami sendiri. Pulanglah kamu ke rumahmu. Sesiapa di antara kami yang datang kepadamu, maka ceritakanlah kepadanya. Seterusnya Abdullah bin Rawahah berkata: Sertailah majlis kami, sesungguhnya kami lebih menyukainya. Oleh itu orang-orang Islam sendiri, orang-orang musyrik dan juga orang-orang Yahudi yang hadir di dalam majlis tersebut semuanya mencaci maki Nabi s.a.w seolah-olah mereka mahu menerkam baginda. Namun begitu Nabi s.a.w tetap tenang dengan sikap dan karenah mereka. Sementara itu baginda tanpa banyak bicara terus menaiki keldainya ke tempat Saad bin Ubadah, lalu Nabi s.a.w bersabda: Wahai Saad! Apakah kamu tidak mendengar apa yang dikatakan oleh Abu Hubad beliau menyuruh Abdullah bin Ubai berkata begini dan begini? Saad bin Ubadah cuba menghiburkan baginda dengan berkata: Maafkanlah beliau wahai Rasulullah! Maafkanlah beliau. Demi Allah, tuhan engkau (baginda) telah memberikan apa yang memang hendak Dia berikan kepada engkau (baginda). Sesungguhnya penduduk Madinah ini sudah ramai yang bergabung dan menaikkan engkau (baginda). Kalau sekiranya Allah menarik semula perkara itu dengan kebenaran yang telah Dia berikan kepada engkau, itu bererti ada yang masih belum sempurna. Nabi s.a.w dapat memahami ucapan Saad tersebut dan akhirnya baginda memaafkan perbuatan Abdullah bin Ubai.

-(H.R MUSLIM)
Bab Doa Nabi s.a.w Dan Kesabaran Baginda Menghadapi Penghinaan Dari Orang Orang Munafik

Kelebihan Berjihad Dan Keluar Berjuang Di Jalan Allah SWT.

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah akan memberi jaminan kepada orang-orang yang keluar (berjuang) di jalan-Nya. Sesungguhnya orang yang keluar untuk berjihad hanya kerana iman dan ikhlas kepada Allah, maka Allahlah yang akan memberi jaminan untuk memasukkannya ke dalam Syurga atau akan mengembalikannya semula ke rumah, beliau juga keluar dengan mendapat pahala atau harta rampasan. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaan-Nya. Pada setiap bahagian tubuh yang terluka di jalan Allah akan diperlihatkan oleh-Nya pada Hari Kiamat. Ketika beliau terluka warna darah dan baunya adalah seperti minyak kasturi. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaan-Nya, jika peperangan itu memang tidak berat bagi kaum Muslimin, sudah tentu aku tidak akan meninggalkan pasukan yang turut berperang pada jalan Allah tetapi aku sendiri tidak mampu memberikan kenderaan kepada mereka dan keadaan mereka sendiri juga seperti diriku yang tidak mampu. Mereka sendiri sebenarnya masih merasa keberatan dan tidak dapat berangkat bersamaku. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaan-Nya. Sesungguhnya aku lebih suka seandainya aku berperang di jalan Allah lalu terbunuh, lalu aku dihidupkan kemudian berperang lagi dan terbunuh, kemudian aku dihidupkan dan berperang lagi dan akhirnya terbunuh lagi.
-(Hadis Riwayat Muslim)
-Bab Kelebihan Berjihad Dan Keluar Berjuang Di Jalan Allah SWT.


Saturday, April 4, 2009

Ya Rasulullah Salamun Alaik - Salim Bin Hafidz dan Alwi Al-Haddad

يا رسول الله سلام عليك]

يَا إِمَامَ الرُّسْلِ يَا سَنَدِي
Wahai penghulu para rasul! Wahai sandaranku.
O the Chief of Prophets! O my relative.

أَنْتَ بَعْدَ الله مُعْتَمَدِي
Setelah Allah, engkau adalah peganganku.
After God, (next in line), you are the one I hold on (look to).

فَبِـدُنْيـَايَ وَآخِـرَتِي
Dalam urusan dunia dan akhiratku.
For the affairs of the world and the afterlife.

يا رسول الله خُذْ بِيَدِيْ
Wahai rasulullah! Bantulah aku.
O Prophet! Assist me.

عَطْفَـةً يَا جِيْرَةَ الْعَلَـمِ
Belas kasihmu wahai yang berjiran dengan Ka’bah.
Pity us! O neighbour of the Ka’bah.

يَا أُهَيْلَ الْجُوْدِ والْكَـرَمِ
Wahai keluarga yang bermurah dan mulia.
O the family that is generous and revered (pure).

نحنُ جِيْرَانٌ بِذَا الْحَـرَمِ
Kami berada berhampiran dengan Kota Haram.
We are near (neighbours) with the city of Haram.

حَرَمُ الإحْسَانِ والْحَسَـنِ
Kota yang penuh ihsan dan kebaikan.
The city that is full of good deeds and benefits

نحن مِنْ قَوْمٍ بِهِ سَكَنـُوْا
Kami daripada kaum yang tinggal di Kota Haram.
We are from inhabitance of the city of Haram.

وَبِهِ مِنْ خَوْفِهِمْ أَمِنـُوْا
Di dalamnya mereka aman daripada ketakutan.
Inside is where those who live in peace, away from fear.

وَبِآيَاتِ الْقُرْآنِ عُنـُوْا
Dan oleh ayat-ayat Al-Quran mereka di perhatikan.
And the phrases of the Al-Quran are paid attention to.

فَاتَّئِـدْ فِيْنـَا أَخَا الْوَهَـنِ
Maka janganlah kamu tergesa-gesa atas kami wahai saudara yang lemah.
So don’t hasten towards us O weak relatives.

نَعْرِفُ الْبَطْحـَاء وَتَعْرِفُنـَا
Kami kenal kepada padang pasir (Mekkah) dan ia mengenal kami.
We are familiar with the deserts (of Makkah) and it’s familiar with us.

وَالصَّـفَا وَالْبَيْـتُ يَأْلَفُنـَا
Demikian pula Bukit Sofa dan Ka’bah.
So is the Hill of Sofa and the Ka’bah.

وَلَنَا الْمَعْـلَى وَخَيْـفُ مِنَى
Untuk kami Ma’la dan Khaif Mina.
For us the Ma’la and Khaif Mina.

فَاعْلَمَـنْ هذَا وَكُنْ وَكُـنِ
Ketahuilah engkau akan hal ini dan yakinlah.
You should be aware of this matter and be firm towards it.

وَلَنـَا خَيْـرُ الأَنـَـاِم أَبُ
Untuk kami sebaik-baik manusia sebagai ayah.
To be the best of fathers.

وعَـلِيٌّ الْمُرْتَضَـى حَسَـبُ
Dan Ali Al-Murtadha sebagai datuk kami.
And Ali as our grandfather.

وإِلَى السِّـبْطَيْـنِ نَنْتَسِـبُ
Kepada dua cucu Nabi (Hasan & Husein) kami bernasab.
And to the grandson’s of the Prophet we associate with.

نَسَبـًا مَا فِيْـهِ مِـنْ دَخَـنِ
Nasab yang tiada terdapat keraguan.
Associations that does not bare any doubt.

أَهْلُ بَيْتِ الْمُصْطَـفَى الطُّهُـرِ
Keluarga nabi yang suci.
The Family of the Prophet that is pure.

هُـمْ أَمَـانِ الأَرْضِ فَاذَّكِـرِ
Mereka pengaman dimuka bumi, maka ingatlah itu.
They are the peace on the face of the earth, so remember.

شُـبِّهُـوْا بِالأَنْجُـمِ الزُّهُـرِ
Mereka umpama bintang-bintang yang gemerlapan.
They are like the stars that shine.

مِثْلَ مَا قَدْ جَـاءَ فِي السُّنَـنِ
Sebagaimana telah di nyatakan dalam hadith-hadith.
Similar to what has been said in the hadith (Sayings of the Prophet).

وسَـفِـيْنٌ لِلنَّـجَـاةِ إِذَا
Mereka umpama bahtera keselamatan bila.
They are like a boat of safety when.

خِفْتَ مِنْ طُوْفَانِ كُلِّ أَذًى
Kau takut angin taufan yang menghanyutkan.
You are afraid of the monsoon that will drown.

فَانْجُ فِيْهَا لاَ تَكُوْنُ كَـذَا
Maka naiklah ke atasnya kau akan selamat.
So board the boat such that you’d be safe.

فَاعْتَصِمْ بِاللهِ وَاسْتَعِنِ
Berpegang teguhlah dengan Allah dan mintalah pertolongan.
Hold steadfast to Allah and ask for His forgiveness.

رَبِّ فَانْفَعْنَا بِبَرْكَتِهِمْ
Ya Allah, kurniakanlah kami dengan berkat mereka.
O Allah, bless with the berkah of “them”.

وَاهْدِنَا الْحُسْنَى بِحُرْمَتِهِمْ
Berilah petunjuk pada kami jalan yang baik dengan kehormatan mereka.
Show us to the path of righteousness with the “pride that is theirs”.

وَأَمِتْـنَا فِي طَرِيْقَتِهِمْ
Matikanlah kami pada jalan mereka.
Have us rest with the to their “path”.

وَمُعَـافَاةٍ مِنَ الْفِتَنِ
Serta selamatkanlah kami dari fitnah.
And save us from “back-biting”.

ثُمَّ لاَ تَغْتَرَّ بِالنَّسَبِ
Janganlah engkau membanggakan diri dengan nasabmu.
Don’t be proud of yourself for your ancestry.

لاَ وَلاَ تَقْنَعْ بِكَانَ أَبِي
Dan jangan pula engkau merasa cukup dengan kejayaan ayahmu.
And don’t feel satisfied by the success of your fathers.

وَاتَّبِعْ فِي الْهَدْيِ خَيْرَ نَبِيّ
Ikutilah sebaik-baik nabi dalam petunjuknya.
Follow the best of paths of the Prophets through their advices.

أحْمَدِ الْهَادِي إلَى السَّنَنِ
Iaitu Ahmad, pemberi petunjuk pada jalan yang benar.
He is Ahmad, the giver of the advice that leads to the path of righteousness

Mauidzah Al HABIB KASIM IBN JA'FAR IBN MUHAMMAD as-Saqqaf al-Hadrami al-Husaini.


Disampaikan oleh: HABIB KASIM IBN JA'FAR IBN MUHAMMAD as-Saqqaf al-Hadrami al-Husaini.

(Nota berikut merupakan nota ringkas yang telah diambil ketika Habib sedang menyampaikan Tazkirahnya. )

1. Kalimat Syukur itu sendiri merupakan nikmat dari Allah. Nikmat Allah sentiasa diperbaharui dengan kita sentiasa melakukan sujud syukur. Manusia tidak mampu mensyukuri segala kenikmatan Yang Allah berikan.

2. Kita tidak sedar dengan kewujudan nikmat ALLAH sehingga nikmat itu ditarik balik Dari Allah

3. Cuba kita perhatikan salah satu nikmat dari Allah, iaitu kebolehan kita bernafas. Bila nikmat itu diambil , contohnya seperti ketika kita diserang dan dicekik orang, kita akan rasa betapa besarnya kehilangan kerana tidak dapat bernafas. Manusia tidak akan sedar akan kenikmatan yang diberi kepadanya sehingga kenikmatan itu dimabil daripadanya. Oleh itu kita wajib sentiasa bersyukur kepada Allah.

4. Antara nikmat-nikmat dari Allah yang besar adalah Nikmat Islam, kita digolongkan di dalam golongan yang beriman dan Kita digolongkan di dalam umat Nabi Muhammad(selawat dan salam ke atasa baginda) iaitu umat yang lebih baik daripada umat-umat yang terdahulu.

5. Daripada nikmat Islam itu sendiri, terkandung lebih banyak nikmat. Umat terdahulu menjadi debu dan dihancurkan kerana tidak beriman kepada Allah.Jibril(alaihissalam) pernah bertanya kepada Allah, mengapa manusia tidak dijadikan sama rata, lalu Allah menyatakan Dia lebih suka dikenali dan disyukuri oleh hamba-hambanya

6. Orang orang kafir turut menerima kenikmatan, contohnya kenikmatan Keamanan dan kenikmatan makanan walaupon tidak beriman Pada Allah Dan Rasul-Nya. Orang Islam menikmati kenikmatan yang khusus, iaitu tergolong dalam umat Nabi Muhammad (selawat dan salam keatas Baginda) dan menjadi pengikut baginda. Nikmat Khusus ini wajib kita syukuri sebagai orang yang beriman.

7. Nikmat Makanan, makanan mengandungi sumber-sumber nutrisi untuk keperluan badan. Bila dimakan, para malaikat menyalurkan kandungan-kandungan nutrisi di bahagian bahagian yang sudah ditetapkan Allah. Jika nutrisi nutrisi tidak disalurkan dengan betul, sudah tentu pertumbahan bahagian badan kita tidak seimbang.

8. Ilmu ilmu yang baru ditemui dan diterokai adalah sebagian kecil daripada ilmu Allah. Contohnya Maut, para doctor hanya dapat mendefinasikan mati itu bila jantung manusia telah berhenti dan otak tidak berfungsi lagi. Sementara para Ulama mendefinasikan maut itu apabila keluarnya roh dari jasad, atau bila roh berpisah daripada badan dan sesungguhnya Roh itu ada lah perkara khusus bagi Allah.

9. Marilah kita beramai ramai bersukur kepada nikmat terbesar iaitu nikmat Islam dengan berusaha meningkatkan keimanan. Dalam nikmat Islam , ada nikmat tergolongnya kita semua didalam golongan Nabi Muhammad (Selawat dan salam ke atas Baginda). Mensyukuri nikmat ini boleh dilakukan seperti mangamalkan sebanyak sunnah sunnah Nabi. mempelajari sirah2 Nabi, membaca Qasidah dan sebagainya.

10. Kita harus sedar, Islam itu merupakan Nikmat terbesar. Kita tidak pernah sekali pon berdoa kepada Allah,” Jadikan aku seorang Muslim….” Atau “ jadikan aku tergolong dalam Umat Nabi Muhammad …..” (selawat dan salam ke atas baginda). Sesungguhnya Allah akan memberi petunjuk kepada sesiapa Dia kehendaki.

11. Kita wajib untuk sentiasa bersyukur kepada Allah. Setiap nikmat wajib disyukuri, Ramai di antara kita banyak beribadat, tetapi sedikit sahaja golongn yang bersyukur. Maka jadilah dari golongan yang sedikit.

12. Antara cara cara terbaik kita melahirkan kesukuran kepada Allah ialah

a. Jangan sesekali kita meletakkan kepala untuk tido melainkan sudah melakukan solat sunat Witir

b. Dalam satu hari dan satu malam, buka dan baca lah AL-Quran walaupun hanya dengan membaca satu muka. Dan berhati hatilah jika kita tidak membaca Al-quran dalam tempoh seminggu.

13. Kita harus meyakini dan mengimani bahawa sebab kita mendapat semua nikmat ini adalah disebabkan Nabi Muhammad (selawat dan dalam ke atas baginda). Surga, Islam dan setiap kebaikan diperoleh para Muslim atas sebab Nabi junjungan kita ,Muhammad (selawat dan salam ke atas baginda). Amalan yang 70 para malaikat keletihan menulis ganjaranya adalah bersukur dan berterima kasih menerima kenikmatan disebabkan Nabi Muhammad (selawat dan salam ke atas baginda)