Thursday, November 6, 2008

Ummah Memerlukan Ketegasan Seorang Ulama .




Ummah Memerlukan Ketegasan Seorang Ulama .

Tahap kejayaan mereka ( musuh ) menyusup masuk ke tengah – tengah kelompok dan pemikiran umat Islam sangat jelas dan ketara .

Longgarnya penghayatan Islam dikalangan muslim , bahkan umat Islam lebih banyak habiskan masa bertelagah sesama sendiri , non muslim walau sejak sekian lama hidup dalam masyarakat muslim, kian memuncak sikap prejudis mereka terhadap Islam dan semangat dendam serta benci semakin tebal dikalangan musuh Islam menjadi bukti kukuh kejayaan mereka ( musuh ) .

Turut melengkapkan bukti yang telah sedia kukuh ialah bagaimana kita melihat Islam begitu mudah dipermain , dipersenda , diperlekeh dan dipandang rendah tanpa umat Islam kini mampu berbuat apa – apa selain mengalah , mengeluh dan mengharapkan agar musibah ini segera berakhir .

Fenomena ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja sebaliknya gerakan mengembalikan semula Islam ke orbit agongnya mestilah diaktifkan. Ia bertujuan supaya seluruh umat manusia kembali dapat melihat kehebatan serta keagongan Islam yang penuh mulia , adil dan suci sebagaimana ianya pernah diperjuang dan ditegakkan oleh Nabi kita Muhammad saw.

Gerakan ini dianggap sangat mendesak setelah sekian lama Kehebatan Islam di tudung atau diselubung oleh fikrah asing dan juga fitnah serta tohmahan terancang oleh barat dan bonekanya .

Sejarah perjuangan Islam dinegara kita jelas menunjukkan bagaimana hadhirnya ulama’ yang tegas mampu meletakkan Islam dihormati dan disegani . Maka , untuk tujuan yang sama sebagaimana yang pernah dicapai melalui sejarah semalam , kita di hari ini juga sangat memerlukan ulama’ yang tegas untuk memimpin Islam dan ummahnya agar kembali berdaulat TAKBIR

tulis sambungan di sini

No comments:

Post a Comment

-= Terima kasih atas komentar anda =-